Sunday, 16 December 2012

RPH Sains tahun 3 (gigi)


Matapelajaran


Dunia Sains dan Teknologi/ Sains Hayat
Kelas

Geraham
Tema / tajuk

Sains hayat / Manusia
Masa
7.45pagi – 8.45 pagi
60 minit

Standard Pembelajaran
2.1.1, 2.1.2.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran , murid boleh :

1.    Membanding dan membezakan set gigi susu dengan set gigi kekal daripada aspek bilangan, kekuatan dan jangka hayat.

2.    Melabelkan struktur gigi iaitu enamel, dentin, saraf, salur darah dan gusi.

KPS

Memerhati, berkomunikasi, mengukur dan menggunakan nombor

Aktiviti P&P
1.    Menyanyi lagu senyum
2.    Guru menunjukkan gambar gigi susu dan gigi kekal manusia.
3.    Murid membuat banding beza antara
-         Bilangan gigi susu dan gigi kekal
-         Kekuatan gigi
-         Jangka hayat gigi
4.    Guru mempamerkan slaid mengenai keratan rentas gigi.
5.    Murid diagihkan kepada lima kumpulan dan diarahkan untuk melabel struktur keratan rentas gigi.
6.    Guru membincangkan jawapan yang diberikan oleh setiap kumpulan.
7.    Murid membuat lembaran kerja.

EMK

TMK
Bahan Bantu Mengajar

Lembaran kerja , slaid gambar gigi dan gambar keratan rentas gigi.



Penilaian P&P
1.    Murid menjalankan aktiviti melabel gambar keratan rentas gigi dalam kumpulan.
2.    Murid menyiapkan lembaran kerja.
Refleksi
-         30 orang murid boleh melabelkan gambar keratan rentas gigi tanpa bantuan guru.
-         5 orang murid boleh melabelkan gambar keratan rentas gigi dengan bantuan guru.

No comments:

Post a Comment