Tuesday 27 November 2012

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

a) KSSR digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.
    i) Standard Kandungan:
       Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh   
        persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
     ii) Standard Pembelajaran:
        Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi 
        setiap standard kandungan.
b) KSSR berlandaskan perkembangan insan seimbang merangkumi enam tunjang berikut :





c) KSSR berasaskan standard. Tujuan Standard :-
  1.  Untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.
  2.  Untuk ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
  3.  Untuk mengenal pasti strategi penambahbaikan (melalui assessment for learning).
  4.  Untuk pelaksanaan berasaskan sekolah.