Sunday 16 December 2012

RPH DST (sains)



Rancangan Pengajaran Harian Dunia Sains dan Teknologi


Matapelajaran                        :  Dunia Sains Dan Teknologi

Kelas                                      :  3 Bestari

Masa                                       :  8. 30 – 9.30

Tema                                      :  Sains Bahan

                                   
Standard Pembelajaran       : 6.1.1,  6.1.6

Objektif  Pembelajaran         : Murid dapat
1.    Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 objek yang boleh menyerap air dengan menjalankan aktiviti.
2.    Murid menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 objek yang kalis air dengan menjalankan aktiviti.
     
                  

FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
1.    Persediaan

Pemerhatian dan analisis


1. Menunjukkan gambar 2 orang budak yang  sedang mandi.

2. Murid memerhati gambar tersebut..

3. Guru menyoal murid dengan mengimbas kembali pengetahuan sedia ada.


1. Bagaimanakah  mereka  mengeringkan badan selepas mandi?

2. Apakah objek  yang boleh  digunakan untuk mengeringkan badan mereka?

3. Mengapakah kamu tidak menggunakan beg plastic untuk mengeringkan badan?

2.     Imaginasi

Penjanaan Idea
Sintesis Idea


1.  Guru mengedarkan kad manila kepada setiap kumpulan.

2. Murid diminta menyenaraikan  objek-objek lain yang boleh digunakan untuk mengeringkan badan dan tidak boleh mengeringkan badan.

3. Wakil murid setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan.
4. Murid boleh menyatakan bahawa objek yang dapat mengeringkan adalah objek yang boleh menyerap air dan yang tidak boleh mengeringkan adalah objek kalis air.


1. Senaraikan objek-objek lain yang boleh mengeringkan badan dan tidak boleh mengeringkan badan selepas mandi.

2. Mengapakah objek-objek tersebut boleh mengeringkan badan?

3. Mengapakah objek yang tersebut tidak boleh mengeringkan badan?
3.    Perkembangan

Penambahnaikan dan menilai



1. Guru membekalkan objek-objek seperti kapas, tisu, tuala, beg plastik, guli, sabut kelapa, batu, kertas surat khabar, kepingan plastik, baju hujan, bikar dan sebesen air berwarna.

2. Murid menjalankan aktiviti di dalam kumpulan berpandukan kad aktiviti yang disediakan oleh guru.

3. Murid merekodkan pemerhatian di jadual dalam aktiviti yang disediakan.
(Lampiran 2).

1. Objek yang manakah boleh menyerap air?

2. Objek yang manakah kalis air?



4.    Tindakan

Pelaksanaan dan Amalan
Berterusan


1.Wakil murid membentangkan  hasil aktiviti yang telah dijalankan.

2. Guru dan murid dari kumpulan lain memberi sumbangsaran idea untuk mengukuhkan  hasil  dapatan pemerhatian murid.




1. Berikan contoh-contoh objek lain yang boleh menyerap air dan kalis air.


EMK                                          :  Kreativiti, nilai murni.

BBB                                           :  Carta gambar Kad manila, besen, air berwarna, kapas, tisu,
                                                     tuala, beg plastik, guli, sabut kelapa, batu, kertas surat khabar,
                                                     kepingan plastik, baju hujan.

Penilaian P-P                             : Lembaran kerja

Refleksi     
                             :



Lampiran 

KAD AKTIVITI KUMPULAN

KOD SP : 6.1.1 DAN 6.1.6

Tajuk aktiviti : Menyatakan objek yang boleh menyerap air dan kalis air.

Arahan aktiviti

1. Senaraikan objek-objek yang terdapat di atas meja.
2. Jiruskan sebikar air berwarna ke atas objek-objek tersebut satu persatu.
3. Rekodkan pemerhatian kamu di jadual di bawah.

Tandakan  _/ objek manakah yang boleh menyerap air.

Bil
Objek
Menyerap air
Kalis air
1



2



3



4



5



6



7



8



9



10





Soalan :

  1. Objek-objek yang boleh menyerap air ialah …………………………………………………………………………………

  1. Objek-objek kalis air ialah ……………………………………………………………………………………………………………